Search

Loading...

Ngauman Bear

Sayang Bear Terkini

NETWORKED BLOGS

Bear Archive

Perjalanan Bear

Loading...
3/27/2010
Salam sabtu sume.....

Hari ni sy teringin plak nak share gaya hidup laki2 supaya anda (gurls only ) mengenali mereka lebih dekat. Lebih2 lagi bg gurls yg baru nk usha line...hahaha. Perigi cari timba tol.. Tp xpe, laki sekarang tinggal sikit so kite sbgai perempuan kene la berusaha tuk memenangi hati mereka supaya mereka xcari lain.


  • Setia dalam persahabatan

Pastinya anda mengenali ramai lelaki yang mempunyai kawan lama. Segelintir daripadanya boleh berkawan dengan orang yang sama selama lebih 10 tahun. Jejaka jenis ini termasuk dalam kategori setia. Namun dalam pada itu, ada juga yang tidak bagusnya. Golongan ini biasanya tidak sukakan perubahan. Dalam berkawan mereka juga sukar untuk menerima seseorang. Di sinilah anda perlu bersabar untuk mendapatkan kepercayaan daripada golongan ini.

  • Suka gunakan kad kredit

zaman sekarang, ramai orang lebih senang menggunakan kad kredit kerana merasakan ia mudah dan tidak perlu mengeluarkan tunai terlalu banyak (kenyataannya laki2 ni sbnrnya poket kosong, kad ni backup tuk kuar ngan aweks je). Lelaki jenis ini tergolong dalam mereka yang bercita- cita tinggi dan mempunyai rasa percaya terhadap diri sendiri. Laki2 jenis ni akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan setiap matlamat dan impian yang disasarkan akan dapat direalisasikan. Sbb tu la sanggup hutg kad kredit semata2 nk tackle aweks...Ohh,please laa wei...taubat la

  • Dompet kosong

Aduh, sedih rasanya jika bertemu dengan lelaki dompet kosong(so biar la dia berlagak ade kar kredit,asal leh guna). Bukan bersikap materialistic tetapi lelaki haruslah lebih bersedia dalam hal sebegini. Lelaki kategori ini jelas sekali terlalu bergantung kepada orang lain untuk menguruskan hal diri. Apa yang menyedihkan, ada masanya pasangan yang terpaksa membayar ketika keluar bersama(yg ni aku xleh tahan, kalo share2 xpe gak, tp kalo dh tiap kali kuar pmpn yg bayar bek la korg cari len je).

  • Bersukan Bersendirian

Si jejaka yang suka bersukan bersendirian seperti disifatkan sebagai individu yang gemar membangga diri sendiri dan lebih gemar untuk meluangkan masanya dengan bersendirian dalam jangka waktu yang agak lama. Jejaka jenis ini tidak bergantung pada orang lain kerana yakin mampu melakukannya sendirian. Biarpun dicampak kemana saja, mereka masih boleh bernafas kerana mereka hidup dalam dunia mereka sendiri. Jejaka yang bersikap sebegini biasanya tidak mempunyai ramai kawan kerana sikap mereka yang suka membangga diri (sifat palin aku xsuke, suke cakap besar) mungkin tidak disenangi oleh orang sekeliling mereka.

  • Bersukan Secara Berkumpulan

Jejaka jenis ini pula sebaliknya, mereka lebih gemarkan persaingan dalam segenap aspek kehidupan. Antara jenis sukan yang mungkin mereka gemari ialah bola keranjang atau pun bola sepak. Dalam sukan jenis ini mereka terpaksa bersaing dengan ranai orang untuk mendapat tempat. Mereka tidak takut akannya malar rasa hidup ini semakin bermakna jika adanya saingan daripada orang lain. Dalam pada masa yang sama, mereka sudah terbiasa bergantung dengan orang lain.


  • Tidak Gemar Bersukan

Anda mungkin mengenali lelaki yang tidak gemar bersukan. Personaliti golongan berbeza jika dibandingkan dengan dua di atas. Individu yang tidak gemar bersukan ini pula lebih suka menghabiskan masa dengan berfikir. Ada kalanya mereka memikirkan terlalu banyak perkara dalam satu masa. Selain itu, jejaka jenis ini juga dikatakan agak sensitif. Pantang ada yang tersilap kata, mereka mudah terasa hati. Jadi kawan- kawan atau teman wanita perlu berhati- hati dalam menyusun kata- kata kerana ia boleh membawa kepada pertelingkahan.

  • Komited Dalam Sesuatu Perkara

Dalam kepesatan ekonomi dan kecanggihan teknologi sekarang, ramai lelaki yang gemar meluangkan masa mengeluarkan peluh di gimnasium atau menyiapkan kerja di pejabat meski pun pada hari minggu. Pasti anda mempunyai pandangan negatif terhadap jejaka sebegini namun anda harus ubah persepsi itu. Untul pengetahuan anda, jejaka jenis ini sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk menemani anda keluar berpesta, mengenali orang baru dan mudah bergaul.

Hope tips2 yg xberapa nk ado ni leh la tolong korg tuk pilih laki2 n menilai laki2 yang boleh di jadikan suami/bf. Kawan biar berjuta, berkasih biar 1....

yahooooo..xsabo nak g shopping........

Have a nice weekend...(",)

2 Sayang Bear:

.::WaNiE::. said... Reply To This Comment

aida,
ktorg xdek kredit kad dan duit pun kire cukup2 lah, gara2 kami laki bini tak suke berhutang remeh temeh..tak sanggup rasa nak bazir duit tetiap bulan untuk beli benda2 cam hp ke ape. :D biar kalau nak beli sekali bayar jek bulan dpn xyah pikir dah nak bayar installment..keke

tp alangkah indahnya klu menjadi org kaye kannnnn

be@r-d0t said... Reply To This Comment

wanie, tulah..aida pn mula ingat nk buat 1 kad, tp pikir kang nk membayar hutg..baikla xpyah...

bek beli sklai pastu dh xpyah pikir kan???

ape lg berusaha la kite menjadi org kaya...hahaha

Post a Comment

bear for me