Facebook Badge
Ngauman Bear
Sayang Bear Terkini
NETWORKED BLOGS
Bear Archive
Traffic Bear
Perjalanan Bear
BEAR'S IDOL
 BAPA PUKUL ANAK KERANA ANAK NAK PAKAI TUDUNG!!!
BAPA PUKUL ANAK KERANA ANAK NAK PAKAI TUDUNG!!!
 12:17 PM |
12:17 PM |  Posted by
Aida a.k.a Beardot
Posted by
Aida a.k.a Beardot
Cerita ni bukan cerita aku ya...tapi silalah bace pengakuan yg sgt tragis...
Aku mengeliat sepuas  puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh  saham aku huhu.
Tiba  tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat  sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak  benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk  giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal  dunia lama dah. Sedih sangat sangat.
Dari  jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah  langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.
Aku  bangun capai tuala, masuk bilek mandi.
Lepas  mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau  aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis  habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari  dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli  keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku  nak!!!!
Aku turun ke bawah. Baru  jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj.  Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal  bapa balik awal ni???
Dalam masa  yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku  benarkan aku pakai tudung. Now or never!
Bila  bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan  masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"
Bapak  aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!  Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok  aku di celah set sofa.  
"Aduhhhhhhhhhhhhhhh  hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai  tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak  nak...."
Pangggggggggggggggg  gggg....! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis  bercakap.
"Hang jangan nak bagi aku  malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat  apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK  PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama  hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam  rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang  pun lelaki jugak!".
Aku yang  tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena  tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat  jugak.
SALAH KAH AKU? SALAH KAH  AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkk
AKU PUN DA TERKENA.... X KAN NAK KENA SORG2 PLAKKKK...
 Labels:
lawak
Labels:
lawak
 
2 Sayang Bear:
memang betul-betul lawak lah story nih
hehehe..tau xpe..
Post a Comment
bear for me