Ngauman Bear

Sayang Bear Terkini

NETWORKED BLOGS

Bear Archive

Perjalanan Bear

Loading...
4/05/2010
Salam sume...

Rasa lama xupdate blog even baru 4 hari....

Hari ni entry agak sedih sikit. Pada weekend yg lepas, sahabat baik hubby ku (Mohd Faizal aka Ijal) telah menghembuskan nafasya yg terakhir di HKL, sama hari dengan arwah Din Beramboi...

Dah la terkejut dengan berita kehilangan arwah Din Beramboi, bertambah terkejut aku and hubby apabila mendapat phone call dari adik Ijal pada sabtu pagi mengatakan beliau telah meninggal dunia akibat kemalangan...

Macam xpercaya apabila kite kehilangan org yg disayangi... Arwah Ijal yg kemalangan bersama buah hatinya yg baru pulang dari Sarawak sgt menyanyat hati kami. Arwah beria2 mahu kekasih nya (Anim) pulang tuk berjumpe even sekejap je. Dan Arwah hanya sempat jumpe buah hati nya dalam 15 minit dalam perjalanan pulang ke KL sebelum berlakunya xcident.

Rakan2 sekuliah arwah ade b'cerita beberapa perangai peliknya. Arwah kebiasaannya akan tick kalendar if ade event, dpat elaun ke, jumpe kekasih hatinya ke...Dan seperti kebiasaannya, arwah put reminder on his calender tuk 03/04 (sat) dengan mencatit kenduri. Tp rakan2 arwah sume pelik beliau xde pun cakap kenduri ape. Kebetulan 03/04 itu sama dengan tarikh pemergian ayah Anim. Tp Anim cakap family dia xde pun nk buat kenduri pada hari tu. Rupanya2 Arwah dapat rasakan kenduri tu adalah kenduri Tahlil tuk pemergian beliau.

Melihat Anim yg bercerita sambil senyum buat aku rasa kerdil n terpikir tabah ke aku kalau kehilangan org yg kite sayang? tabah ke aku kalau org yg aku syg mati di dalam keadaan tragis di depan mata lenih2 lg atas pangkuan aku?Masyaallah, Anim bercerita tentang arwah dan kemalangan tu tanpa setitis air mata. Aku sungguh kagum dengan ketabahan dia yg mampu menutup sume kesedihan nya tanpa setitis air mata. Anim hanya dapat melihat arwah kali terakhir semasa kemalangan. Dia sempat mengajar arwah mengucap sebelum mereka terpisah selepas masing2 di kejarkan ke hospital putrajay. Tp kerana kekurangan kelengkapan, arwah di kejarkan ke HKL. Kerana kelewatan tu lah arwah xdapt diselamatkan.

Kenangan aku dengan arwah dan anim tak la banyak mane sbb yg rapat dgn arwah adelah hubby aku. Tp aku tetap rasa sedih macam aku yg kehilangan kwn. Arwah sgt baik, suke berlawak jenaka and buat org sekeliling seng dgn sikapnya yg baik hati.

Oleh tu, marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah tuk umat Islam yg telah meninggal dunia amnya, dan tuk arwah Din Beramboi dan Mohd Faizal khususnya

Al-Fatihah......


4 Sayang Bear:

CRAZYBEAUTIFUL88 said... Reply To This Comment

al-fatihah, akak pun sedih

be@r-d0t said... Reply To This Comment

tulah...aida dh bace blog being me tu...kecian kan anak dia...

F. Hanim M. said... Reply To This Comment

slm..
apa2 pun, anim nk ckp terima kasih sbb ingat pd anim, pd arwah..
tq dtg ziarah hari tu..
sama2 kita doakan dia ya...

Aida a.k.a Beardot said... Reply To This Comment

anim: sama2...insyallah, aida akan sentiasa doakan kwn2 aida xkira yg masih hidup atau pun yg sudah meninggal dunia.

anim dah sihat ker???

Post a Comment

bear for me