Facebook Badge
Ngauman Bear
Sayang Bear Terkini
NETWORKED BLOGS
Bear Archive
Traffic Bear
Perjalanan Bear
BEAR'S IDOL
SELAMAT PAGI DOKTOR!!!!
Biasa la puteri lilin kan..dh lama tak berjemur kat bawah sinaran matahari yang indah & penuh ngan vitamin D tu konon nya..skrg muka aku pun dh cam orang Negro..
Serius kene matahari je muka jadi makin merah & panas.. Kerana ketidak tahanan itu lah maka aku menjejakkan kaki ke DEMC bukan Duduk Eropah Makan Cappati ya tapi Darul Ehsan medical Centre
Hah, dalam pada tu aku nk jadi informer tak berbayar tuk DEMC ni... dorang akan berpindah ke Sek 14 next month. So tak payah datang kat Sek 9 lagi..mesti korang tak leh jumpe doktor encem yang rawat aku tu..hahaha
v
v
v
Sangat la sebentar aku menunggu kan.. dari kul 09:29 sampai kul 11:15 baru aku dapat masuk ok..
Jumpe doktor encem tapi tak amik gambar dia lah..kang dia ingat aku nk ngurat dia lak.. Jumpe doktor xsampai 3minit.. Pe kes???
Yang tak leh blar..doktor tu gelakkan aku..
doktor encem: ok..ape penyakit awk ni???
aku si sunburn: kulit muka saya ni kene sunburn la doktor.Nak senyum pun tak boleh tau doktor.. Jeng sangat dah kulit saya ni..
doktor encem: dia wat muka cam nk gelak sambil membelek kulit muka aku yang dh hangus tu
aku si sunburn: cam ne doktor?
doktor encem: hahaha..xleh senyum ya...so awk nk suh sy bedah kulit muka awk ke ape ni??
hahaha..nurse laki2 tu pun tumpang gelakkan aku sekaki.rasa seperti hendak ku kaki2 kan mereka ni..
sebelum aku kuar dia bagi aku list ubat sambil suh aku senyum tuk dia..hampeh tol doktor ni..
Dalam duk menunggu sebelum di panggil tu,tibe2 mata aku tertacap pada kasut gadis ni...
Cube teka cepatt...aku nk bg adiah ni...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Erm tak payah teka la..
Orangnya kecil molek...alahai..bawah ketiak aida je rasanya even dia pakai heel 5 inch.. budget ko tinggi sgt la ya aida
Hehehe..sekian trima kasih tuk doktor encem yang telah mengelakkan saya and membuatkan kulit saya semakin ok..
"KATA KAU"
*
*
*
*
*
*
*

Tak minat tak pe tapi bace je la entry ni..hehehe
tak salah kot..!!!!!
1 game show akan di siarkan kat saluran astro starting this 19 June... Memang lama lagi tapi saje nak uar2 kan kat korang supaya kita sesama berhibur - especially yang minat Scha Alyahya- Scha Alyahya and Reza akan menjadi hos program ni..mesti gamat punya lah....

Ramai artis2 tempatan yang terlibat didalam game show ni. Program 26 episod ni melibatkan pelanggan Astro yang akan turun bertanding bersama idola masing-masing. Dibahagikan kepada dua kumpulan dengan tiga orang setiap kumpulan, antara mereka yang terlibat termasuk Pop Shuvit, Meet Uncle Hussain, Mawi, Norman Hakim iyarksss, Memey bwekkkk, Julia Ziegler, Ainul Aishah dan Marsha Milan Londoh.
Banyak permainan yang di anjurkan yang aku rasa tajuk permainan tu cam havoc je antaranya seperti Ringtone Rentong, Bapak Kapak, Siapa Pulak Ni...?, Ikut Suka Kau!, Masihkah Kau Ingat?, Video Songsang Baa..., CD Rongak, Ribut Petir Kebabom, Studio Berdengung dan Joget Spontan...Kata Kau akan ditayangkan pada setiap Sabtu bermula 19 Jun ini, pukul 10 malam di Astro Ria (saluran 104).
Tengok jangan tak tengok ya...aku nak tengok pun sebab nak tengok cam ne Scha kene denda sebab kalah dalam game show ni..pape pun sokong Scha Alyahya
Sekian...trimas
TAG : KAWAN BAIK SAYA
Tag kali ni dari sifu saya...Cik Wanie @ Mariam Ogawa :')
Secara seriusnya saya idaklah percaya pada istilah kawan baik ni sbb pernah di muka dua kan oleh tettttt mase sekolah dulu. Sampai sekarang pn masih berpura2 baik dengan budak muka dua tu..hahaha...jahat kan???
Sampai lah saya masuk UiTM Segamat (1 u ngan Hanis Zalikha ok) lalu berjumpa dengan Misz Anne ni atau nama penuh dia Nur Hanna Mohd Ilias oranga Perak..(dia xde blog) maka persepsi tentang istilah kawan baik tu berubah.
Yang paling saya suke tentang Anne ni adalah kerana dia ni leh jadi pendengar and penasihat yg bagus tuk saya lah kan. Mase kat Segamat ktorg tido sekatil (kerana bantal gebu saya tu), makan sepinggan, bf lain2 ok. Uolls imagine la dia yg chubby ni tido dgn saya yg montel. Padat katil ku.. Even saya marah dia, dia xpernah simpan dalam hati (dia la ckp, xpernah plak bedah tengok hati dia cam ne..huhuhu) tapi dia sentiasa menolong sekiranya ku dalam kesusahan. Kalo bab pinjam wit ke ape dia jenis xkesah
Banyak kenangan pahit manis dengan dia sampai lah sekarang. If anything happen akan ku inform dia and dh deal mase kawin kene jadi pengapit..^_*
Kenangan pahit tu xperlulah nk cita..paling manis adalah ktorang menangis sesama kerana sakit hati dengan bf masing2...Sengal x???
Kalo saya di beri 1minit dengan dia..erm xsure la nk wat pe.. Sbb selalu duk berejam2. Lagilah kalo lama xjumpe of cause borak xingat dunia dah...
Dengan itu saya pun tag la mereka yg menjadi sahabat sy di alam blogger ni. Yg x di tag tu pn kawan gak tau..hehehe
1) Siapakah kawan baik anda?
2) 3 kenangan manis & 3 kenangan pahit
3) Kalau anda hanya diberi 1 minit untuk bersama kawan anda, apakah yang anda akan katakan padanya??
4) Tag 3 rakan anda yang anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam blogger
SHORT NOTE: PERMOHONAN MAAF DENGAN BEN ASHAARI
Post punya baik rupanya aku salah eja nama En Ben la... xtau la otak mereng ni dah mereng ke mana sampai eja nama org pun salah..huhuhu
Dengan itu sy dengan rendah hati dan dengan malunya ingin minta maaf sesangat dengan Ben Ashaari...Ok saya akan cube perbaiki mata & otak saya ni next time. Sorry sesangat ya En Ben Ashaari. Rasa yang amat malu dengan Ben Ashaari..
Oleh kerana silap saya sendiri maka saya telah menaip nama Ben Ashaari 100x sebelum saya menaip post ni.
Tolong la maafkan saya Ben Ashaari :(
Maafkan saya
maafkan saya
(nyanyi dalam versi pendekar bujang lapok)
MARI LAH JELAJAH BLOG SAYA BEN ASHAARI

Wah pagi ntah cam ne ntah terbuka lah blog the famous blogger among the famous.. BEN ASHAARI
Teruja tengok blog Ben yg simple and mantop. Oleh kerana sy ni newbie jadi memg layak la saya di jelajah oleh Abg Ben (perasan muda pggl Abg Ben ) hehehe....^_^
Orangnya kacak bergaya, berkumis nipis dan dengan renungan menggoda (tgk la . Bodek manja je.. (",)
1 ) Kenapa nak berada dalam blog list Abg Ben
Penyebab utama tuk soalan Abg Ben ni kerana saya ni sangat lah xdikenali macam Hanis Zalikha..huhuhu..
Xtau pun nk update blog jadi cantik simple n nice. Xreti nak tarik perhatian org nak bace blog sy sbb xkreatif. So penjelajahan Abg Ben sgt2 lah di harapkan....Komen la ckit ya Abg Ben.. (",)
2 ) sehari berapa kali update blog ;
Saya ni sgt pemalas sebenarnya nk mengarang ayat, tp kalo dah karang kalah esei. Biasa update blog sekali sehari, kadang2 2 hari sekali. kekadang 2x sehari... Senang kata kalo ade bende menarik baru update lah.
3 ) kenapa saya nak berblog ..
Saya mula nk berblog sbb saya suke nk komen blog orang len. Tapi kalo nak komen tu kene ade blog id so seng nak komen kan. Sebab tu saya berblog..sbb nk duk menyibuk komen org len nyer blog. G pun sy baru start blogging on January lepas baru balik dari trip naik Star Cruise. Sbb konon nak share gambar tapi len plak yg di share kat blog ni.
4 ) dari mana tau mengenai blog Ben Ashaari
Saya tau blog Abg Ben dari Neo . Thanks Neo....
Tips Turunkan Berat Badan
Favourite aku memg suke makan buah. Lunch hour pun memg aku makan buah dulu sbb aku tau makan buah leh wat kite kenyang sebb dia banyak serat, vitamin & minerals yg diperlukan tuk badan yg montel cam aku ni. Kalo korg nk join sama berdiet dengan cara yg sihat meh la follow panduan kat bawah ni...Insyaallah kalo di ikuti dgn diet leh dapat badan cam Hanis Zalikha or Nasya Aziz ni...
- Makan buah sebanyak 5 hingga 9 potong sehari. Makan berpotong2 lagi bagus tau...hahaha
- Memakan buah-buahan sebelum pengambilan nasi dapat mengurangkan nafsu makan. So amalkan la makan buah dulu confirm korg akan rasa nk makan nasi ckit je
- Seeloknya, buah-buahan yang dimakan hendaklah dalam bentuk asal dan mentah. Ini adalah bagi mengekalkan zat asli yang terdapat di dalamnya. Pengambilan buah-buahan dalam bentuk jus juga baik. Kalo dh wat pie ke ape tu cam sama je kot xdiet sbb dh tambah gula la ape ntah lagi (aku xtau msak pie)...(",)
- Kalo korg nak tau, tak suma buah-buahan mengandungi kadar lemak yang rendah. Kurangkan pengambilan buah-buahan seperti aprikot, zaitun dan kelapa kerana kandungan lemaknya yang tinggi.
- Makan epal dan jambu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Buah jambu sememangnya kaya dengan Vitamin C. Aku plak suke jambu air makan ngan petis. Tp xtau la petis tu elok ke x kalo di makan sbgai pencicah buah..nanti sy tanya pakar ya
- Imbangi pengambilan buah dengan air putih iaitu minimum 2 liter sehari.
Kecian Abg Nara....Lisa dh ade yang punya....
Kalo korg nak, bacelah kat murai Farid, Lisa Seronok Bercinta tapi.....
Source pic: murai.com.myAbg Nara kalo tgk mesti nangis la. Tp Abg Nara bile agi nak berlakon plak??? Rupa ade tu..lebih kurg ensem ngan Farid Kamil je kot...Hahahah...
Bergossip plak di petang2 hari ni, tp aku xrasa Abg Nara nak singgah pekena cekodok pisang and teh O suam kat blog aku ni tuk tgk entri aku ni...
P/S: Kalo singgah tu mai la drop your comment kt blog sy yg busuk bacin ni. Abg nara jgn nangis ya...Sy peminat Farid Kamil, tp xseminat cam abg minat kak Lisa..
