Facebook Badge
Ngauman Bear
Sayang Bear Terkini
NETWORKED BLOGS
Bear Archive
Traffic Bear
Perjalanan Bear
BEAR'S IDOL
KANTOI LAGI!!!
Ok..pada yang lapar tak makan lagi..lupakan pasal goreng pisang n teh o suam tu.. Just nak share pada kengkawan yang masih baru & blur cam aida ni.. Pada yang tak blur tu tak perlu la bace n3 ni... Blur pasal ape???? nak cita la ni..
Selalu jadi silent reader je kat 1 blog senior ni..tengok dia nyer entry yang sempoi & cool asyik duk sebut pasal NUFFNANG je... pasal buffered earning n metered earning dia..Dia sangat lah tak lokek ilmu...tengok ade formsping...so ape lagi, pacal yang hina lagi bodoh ni pun bertanya la soalan...hahaha
Actually takut nak tanya, ade ke blogger femes cam dia nk jawab soalan bodoh me tu...tunggu beb dia reply email.. tapi hampa tau tengok tak de pun reply dari dia...huhuhu
tapiii akhirnaaaaaaa, ter'post' lah 1 entry kat blog dia...
"TIPS: APA ITU BUFFERED EARNING & METERED EARNING"
terus muka malu kemerah-merahan malu disergah cam tu..aida ko tak sedor ke muka ko dah gelap rupa anak negro tu
Aku dengan ketidak malunya telah meng'kantoi'kan diri sendiri...hahaha
click gambar atau leh la terus terjah blog Encik Bean Moreno @ suterablogger yang baik hati...
Seyes, dia lah senior blogger yang baik hati menjawab pertanyaan bodoh saya tu...siap buat entry khas...malu i ;-) walhal dia tak tau pun aku lah pempuan mereng yang tanya soalan tu...
Bukan nak sanjung tinggi encik Bean ni ke ape, tapi rasa gembira sbb dia tak pernah pandang rendah pada junior blogger cam aida ni... Encik Bean, sy sangat terharu..huaaaa
P/S: thanks a lot encik Bean... tunjuk ajar ku Sifu
ASAL DARI KAMPUNG 2
Ok...nk smbung cite psal kampung g...windu kat kg xhabis g ni...Sori la kalo korang bosan tp aku xbosan nk cite pasal kampung aku..
Dulu aku study kat segamat,kawan2 aku suke mengendeng baring kat katil tiap kali jelajah bilik aku. Dah la katil aku kat bawah(double decker) so memg jadi port dak2 la bile dorg dtg lepak...xsuke tau...bacin kang bantal aku..huhuhu...Even aku marah tapi dorang reti bahasa plak kan.
Paling aku suke, dorang selalu puji bantal aku gebuuuu... ^_^
Soalan : apsl bantal ko gebu n lembut gile baring ni..kalah bantal VONO
Jawapan: sbb aku gebu...hahaha..
Ok, tu bukan jawapannya. Jawapan yg tepat adalah kerana bantal aku diperbuat dari kabu asli yg gugur dari pokok ok.. nenek aku yg buat khas tuk cucu kesayangan dia (cousin2 ku jgn menyeringai plak tengok statement aku ni...nenek kita syg sume cucu2 dia la)
Soalan lagi: Pokok kabu tu macam mane ek aida??
Jawapan: tulah ko..duk KL jgn kata pokok kabu, silap2 pokok kelapa pn ko xkenal..ko pernah tgk pokok taugeh x??? (asnwer yg agak kurg di ajo la kan)
kawan aku pn jawab, taugeh mane ade pokok...nasib dia jwb cam tu. kalo dia kata pernah tengok or taugeh ade pokok ke, pelempang aku kasi. Wat malu kaum pmpn je...huhuh
Buah kabu ni bukan leh dipetik tp kene tunggu dia gugur menyembah bumi baru lah kita leh kutip...
1- korang kene la melalui titi maut sebatang ni tuk ke seberang sungai...
seram x titi ni.. Aku penah jatuh ok ke dalam sungai ni.Ni pn sungai tgh cetek so kalo jatuh pn setakat paras pinggang...sbb byk selut..
2- korang kene kutip plak biji2 kabu tu kat bawah pokok...
3-dah tu korang kene la kopek kulit dia and asingkan dari tangkai dalam and biji2 yg melekat kat kabu tu...
So korang kene plak la asingkan kabu dari hati dia tu..hati tu nenek aku pggil la..Actually dalam kabu ni ade tangkai yg kita kene asingkan. Biji2 dalam kabu tu punyalah banyak...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Cam my nephew ni..tido di mana2 je...
Selamat tidoooo...eh skrg xleh la tido....malam kang yaaaa..(",)
BERDOSA KE KALO PEWOT BUNCIT???
Xpaham tol la...Kerana nk cantik sanggup xmakan and diet berlebihan sampai masuk hospital. Sanggup g gym hari2 nak dapatkn 6 pack kat pewot tu...Orang kata bersenam leh gak kurus, tp xkurus pun lepas seminggu aku jogging (actually sehari je jog, xbek ko ni menipu aida oi ;))
Eeee, perlu ke nk pewot leper baru leh dapat bf??? Perlu ke laki2 kene ade 6 pack abs baru leh ade gf??? berdosa ke kalo pewot muncit???mengarut la sume tu...
Bf aku duk sibuk mengata aku,
"pewot awak tu dah kedepan lah, g lah kuruskan badan...nati xleh pakai baju seksi2.."
Sengal, seksi kat luar nak tayang kat org wat pe..seksi kat umah jelah.Lantak la nk buncit ke x...huhuhu
Ok2, skrg aku xkawin g pun pewot dah kedepan sikit (sikit je ok) hahaha...so tuk mengelakkan mengelebeh pwot maka kene la kempiskan dari sekarang supaya sentiasa kelihatan cantik menarik tertarik and leh pikat laki len lak..opsssss *_*
Dengan itu ku cari petua kempiskan pewot tuk menampakkan pwot aku seksi cam dulu sblm aku kegemukan...maka terjumpe lah dgn satu blog petua sejagat ni.
Petua yg mudah dan ringkas...
1- bancuh segelas air teh tanpa gula. Tanpa gula ok, TANPA GULA....
2-perah sebiji limau nipis, kalo nk g bagus perah banyak2 kot..lagi cepat kempis ya tak??
3- dah tu minum la setiap hari tuk dapatkan pewot kempis..Tuk aku yg malas ni leh la amalkan petua yg ringkas & mudah ni...Xpayah la aku nk bgn pagi2 nk jogging even tasik Sek 7 tu depan umah je..
Sok gak aku start. Petang ni nak cari limau nipis sebakul. Stock tuk sebulan..
P/S to my hubby: xyah jumpe sebulan...Dah kempis pewot baru jumpe ok..Hahaha
Selamat mencuba tuk yg pewot kedepan sikit cam aku...
FADHILAT BERCIUM????
xcakap pun tau dah...tp ni tuk suami isteri ok,bukan tuk korg pakwe makwe. Kalo nk apply lepas kawin tu xpe. Sekarang just bace sebagai pedoman and ilmu selepas kawin ok, selepas kawin, selepas kawin...Nanti kang ade plak la org cakap aku mengajo orang bukan2..Ohh..tidak2, amaran telah dikeluarkan kan. So xde alasan tuk menuduh aku ngajo bukan2..Ape aku melalut ni..Erm tau dah xsabo nak tau kan ape fadhilatnya....jeng..jeng..jeng
Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan (ni yg kene kawin cepat ni) hahaha (",) .Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa je fadhilat berciuman bagi kesihatan?
1. Berciuman dalam waktu yg lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.Ketika berciuman, degupan jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung seminit. Wah, kalo yg lemah jantung ni leh mati ni...
2. Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.
3. Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam (ni taik gigi korg yg masam) yang menutupi gigi tu.
4. Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.lagi kelebihan berciuman .....hehehe!!
5. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini. Nak hidup lama so ape g si suami isteri bercium la pagi2 sebelum g keje tu ya...Kuikuikui!!!
6. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.
7. Untuk yg berbadan gempal tu (perempuan), berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman berghairah tiga kali per hari (setidaknya 20 saat per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan. Gile xteruja korg????Xpyah nak g Slimming World. Cium pasangan korg je sudah, jimat wit..
8. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur.Otot pipi yang menegang sebab ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
9. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
10. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.
11. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai "anestetik" (aku pn xpham pe bende ni) yang membantu mengurangi sakit.
Selamat bercium-ciuman. ..hehehehe. . .sebarkan kepada org ramai, biar pasangan anda/kawan2 kita hubungan suami isteri jadi mesra gitu & x cari org lain.
P/S:
SHORT NOTE: eXercise Mata
Mari kite exercise mata kite sebelum g shopping sbb akan sakit mata tengok banyak nya barang nak g beli.....





Oh My Vincci (i xmampu beli Gucci la)...xsabo nak shopping, tengok wayang, men bowling...ape g ek..nk release tension...jom g Pavillion and times...kalo jumpe tu tegur2 la ya (",)
7 GAYA HIDUP: KENALI KARAKTER LELAKI
Hari ni sy teringin plak nak share gaya hidup laki2 supaya anda (gurls only ) mengenali mereka lebih dekat. Lebih2 lagi bg gurls yg baru nk usha line...hahaha. Perigi cari timba tol.. Tp xpe, laki sekarang tinggal sikit so kite sbgai perempuan kene la berusaha tuk memenangi hati mereka supaya mereka xcari lain.
Setia dalam persahabatan
Pastinya anda mengenali ramai lelaki yang mempunyai kawan lama. Segelintir daripadanya boleh berkawan dengan orang yang sama selama lebih 10 tahun. Jejaka jenis ini termasuk dalam kategori setia. Namun dalam pada itu, ada juga yang tidak bagusnya. Golongan ini biasanya tidak sukakan perubahan. Dalam berkawan mereka juga sukar untuk menerima seseorang. Di sinilah anda perlu bersabar untuk mendapatkan kepercayaan daripada golongan ini.
Suka gunakan kad kredit
zaman sekarang, ramai orang lebih senang menggunakan kad kredit kerana merasakan ia mudah dan tidak perlu mengeluarkan tunai terlalu banyak (kenyataannya laki2 ni sbnrnya poket kosong, kad ni backup tuk kuar ngan aweks je). Lelaki jenis ini tergolong dalam mereka yang bercita- cita tinggi dan mempunyai rasa percaya terhadap diri sendiri. Laki2 jenis ni akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan setiap matlamat dan impian yang disasarkan akan dapat direalisasikan. Sbb tu la sanggup hutg kad kredit semata2 nk tackle aweks...Ohh,please laa wei...taubat la
Dompet kosong
Aduh, sedih rasanya jika bertemu dengan lelaki dompet kosong(so biar la dia berlagak ade kar kredit,asal leh guna). Bukan bersikap materialistic tetapi lelaki haruslah lebih bersedia dalam hal sebegini. Lelaki kategori ini jelas sekali terlalu bergantung kepada orang lain untuk menguruskan hal diri. Apa yang menyedihkan, ada masanya pasangan yang terpaksa membayar ketika keluar bersama(yg ni aku xleh tahan, kalo share2 xpe gak, tp kalo dh tiap kali kuar pmpn yg bayar bek la korg cari len je).
Bersukan Bersendirian
Si jejaka yang suka bersukan bersendirian seperti disifatkan sebagai individu yang gemar membangga diri sendiri dan lebih gemar untuk meluangkan masanya dengan bersendirian dalam jangka waktu yang agak lama. Jejaka jenis ini tidak bergantung pada orang lain kerana yakin mampu melakukannya sendirian. Biarpun dicampak kemana saja, mereka masih boleh bernafas kerana mereka hidup dalam dunia mereka sendiri. Jejaka yang bersikap sebegini biasanya tidak mempunyai ramai kawan kerana sikap mereka yang suka membangga diri (sifat palin aku xsuke, suke cakap besar) mungkin tidak disenangi oleh orang sekeliling mereka.
Bersukan Secara Berkumpulan
Jejaka jenis ini pula sebaliknya, mereka lebih gemarkan persaingan dalam segenap aspek kehidupan. Antara jenis sukan yang mungkin mereka gemari ialah bola keranjang atau pun bola sepak. Dalam sukan jenis ini mereka terpaksa bersaing dengan ranai orang untuk mendapat tempat. Mereka tidak takut akannya malar rasa hidup ini semakin bermakna jika adanya saingan daripada orang lain. Dalam pada masa yang sama, mereka sudah terbiasa bergantung dengan orang lain.
Tidak Gemar Bersukan
Anda mungkin mengenali lelaki yang tidak gemar bersukan. Personaliti golongan berbeza jika dibandingkan dengan dua di atas. Individu yang tidak gemar bersukan ini pula lebih suka menghabiskan masa dengan berfikir. Ada kalanya mereka memikirkan terlalu banyak perkara dalam satu masa. Selain itu, jejaka jenis ini juga dikatakan agak sensitif. Pantang ada yang tersilap kata, mereka mudah terasa hati. Jadi kawan- kawan atau teman wanita perlu berhati- hati dalam menyusun kata- kata kerana ia boleh membawa kepada pertelingkahan.
Komited Dalam Sesuatu Perkara
Dalam kepesatan ekonomi dan kecanggihan teknologi sekarang, ramai lelaki yang gemar meluangkan masa mengeluarkan peluh di gimnasium atau menyiapkan kerja di pejabat meski pun pada hari minggu. Pasti anda mempunyai pandangan negatif terhadap jejaka sebegini namun anda harus ubah persepsi itu. Untul pengetahuan anda, jejaka jenis ini sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk menemani anda keluar berpesta, mengenali orang baru dan mudah bergaul.
Hope tips2 yg xberapa nk ado ni leh la tolong korg tuk pilih laki2 n menilai laki2 yang boleh di jadikan suami/bf. Kawan biar berjuta, berkasih biar 1....
yahooooo..xsabo nak g shopping........
Have a nice weekend...(",)
Tips Turunkan Berat Badan
Favourite aku memg suke makan buah. Lunch hour pun memg aku makan buah dulu sbb aku tau makan buah leh wat kite kenyang sebb dia banyak serat, vitamin & minerals yg diperlukan tuk badan yg montel cam aku ni. Kalo korg nk join sama berdiet dengan cara yg sihat meh la follow panduan kat bawah ni...Insyaallah kalo di ikuti dgn diet leh dapat badan cam Hanis Zalikha or Nasya Aziz ni...
- Makan buah sebanyak 5 hingga 9 potong sehari. Makan berpotong2 lagi bagus tau...hahaha
- Memakan buah-buahan sebelum pengambilan nasi dapat mengurangkan nafsu makan. So amalkan la makan buah dulu confirm korg akan rasa nk makan nasi ckit je
- Seeloknya, buah-buahan yang dimakan hendaklah dalam bentuk asal dan mentah. Ini adalah bagi mengekalkan zat asli yang terdapat di dalamnya. Pengambilan buah-buahan dalam bentuk jus juga baik. Kalo dh wat pie ke ape tu cam sama je kot xdiet sbb dh tambah gula la ape ntah lagi (aku xtau msak pie)...(",)
- Kalo korg nak tau, tak suma buah-buahan mengandungi kadar lemak yang rendah. Kurangkan pengambilan buah-buahan seperti aprikot, zaitun dan kelapa kerana kandungan lemaknya yang tinggi.
- Makan epal dan jambu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Buah jambu sememangnya kaya dengan Vitamin C. Aku plak suke jambu air makan ngan petis. Tp xtau la petis tu elok ke x kalo di makan sbgai pencicah buah..nanti sy tanya pakar ya
- Imbangi pengambilan buah dengan air putih iaitu minimum 2 liter sehari.
Tips for interview.....
Just nak share bg mereka2 yg nak g inteview..ni pn kire tips tuk aku gak la.Aduh rasa cam kecut pwot je skrg ni. Xleh bernafas, macam bernafas dlm lumpur je ni...So tips kat bawah ni sgt2 membantu aku...Tips ni korg leh la bace kat http://www.ambang-kerjaya-impian.com yg ade sume tips dr resume smpai la ke interview.So check it out....
P/S: gud luck tuk kwn ku yg nak g interview tuk.. (",)
Pagi2 check email dapat yg panjang berjela. Tibe2 je tringat mase aku orientasi kat U dulu. Rupanya2 ape yg aku buat mase orientasi tu ade maksud di sebaliknya yg berkaitan ngan agama aku sendiri. Korg bacelah sendiri kat bawah ni
"Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya.. Di tangan kirinya ada
kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, 'Saya ada satu
permainan... . Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!',
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah 'Pemadam!'
Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti
mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 'Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', jika saya angkat
kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'. Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru tersenyum kepada anak muridnya. 'Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang
haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi
kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa
dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita
tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam
dari masa ke semasa.
'Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.' 'Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan . Faham?' tanya
Guru kepada anak muridnya.
'Baik untuk permainan kedua...' Gurunya meneruskannya. .....
'Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda
berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?'
Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan
selainnya.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..'Murid-murid,
begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .... Musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ....Kerana tentu anda akan
menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menolak kita secara ansur-ansur,
sehingga kita tidak sedar.
'Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. . .....'
'Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakkan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.' 'Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... '
'Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?' tanya
murid- murid.
'Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.'
'Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun'.
'Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang...'
UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN
KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA
DIRI!!
JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA
BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2
LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI
KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI. "
Tibe2 insaf sekejap...sekejap je la kan. renung2 kan lah ya ape yg trtulis di atas ni
tips berpakain tuk yg berpayudara besar...hehehe
trbaca lah 1 artikel yg agak menarik tuk di bace bersama2 kawan wanita di luar sane...wanita ya...tips berpakaian tuk yg mempunyai payudara yg agak trlebih saiz...^_^
Wanita yang mempunyai ukuran payudara yang besar memang menghadapi masalah dalam pemilihan pakaian. Jika salah pilih, pasti anda akan nampak tidak selesa dengan payudara sendiri. Paling teruk, pakaian yang dikenakan membuatkan payudara nampak tersembul sehingga mencacatkan penampilan.
Jadi, bagaimana hendak mengatasi masalah ini? Di sini GUA berikan beberapa tip berguna untuk dipraktikkan.
1) Perkara pertama yang harus diberi perhatian ialah kenakan coli yang tepat supaya payudara anda mendapat sokongan yang baik. Bra yang tepat akan menampilkan kesan langsing.
2) Kenakan baju yang potongan lehernya melebar hingga ke bahu atau pilih baju yang bercorak vertikal. Ini dapat menimbulkan ilusi yang membuatkan payudara anda nampak lebih kecil. Jangan sesekali mengenakan t-shirt berkolar bulat yang sangat sempit! Potongan V adalah pilihan terbaik.
3) Pilih jaket atau blaus yang diperbuat daripada kain kapas. Fabrik jenis ini akan mengikut bentuk tubuh dan melangsingkan.
4) Untuk padanan, pilih skirt yang berpotongan A, seluar denim ‘boot cut’ atau seluar panjang berpotongan lurus.
5) Jika ingin mengenakan gaun, pilih gaun yang berpotongan ‘empire waistline’. Potongan sebegini bukan sahaja boleh menyembunyikan bentuk payudara yang besar tetapi ia juga boleh membuatkan anda kelihatan lebih langsing.
6) Sekiranya ingin mengenakan aksesori, pilih rantai yang panjangnya di atas garis dada atau payudara. Hindari rantai yang terlalu panjang kerana ia boleh membuatkan payudara kelihatan lebih besar.
7) Hindari pakaian yang mempunyai motif atau detail yang sarat di bahagian tengah dada.
8) Sekali pun mengenakan tali pinggang merupakan trend terkini, mereka yang mempunyai payudara besar harus mengelakkan ikat pinggang yang melingkar di sekitar pinggang atau tepat di bawah payudara. Ini benar-benar kesalahan besar.
9) Pastikan anda tidak memasukkan baju ke dalam seluar atau skirt yang dipakai.
tuk yg berpayudara kecil xde plak lah untuk menampak kan ia besar...hhuhuhuh
k, update again next time if i found any good information for us...



