Ngauman Bear

Sayang Bear Terkini

NETWORKED BLOGS

Bear Archive

Perjalanan Bear

Loading...
Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts
6/03/2010
Salam Khamis sume....

Sedih sebab tak dapat update blog selama beberapa hari..nak update gambar mase besday ayah yang ke 59 pun tak sempat..Keje menimbun sampai nak cari henset atas meja pun tak jumpe..Leh bayangkan cam ne busy nyer aku ni hah..hahaha

Ok..tau bunyi cam poyo je kan...

pape pun aku nak share pic mase besday ayah pada 30/05/2010

ni bubur putih merah...cantik kan aku design??hahah
nilah akibatnya dulu mase sekolah cikgu suh lukis mase PS tak nak- PS bukan playstation ya, tapi pendidikan seni- so sekarang dah terluahkan kat bahan makanan..nasib aku tak amik kursus kulinari mase kat u

atas permintaan besday man(ayah aku ler)..so kene la beli kan kek ikut tekak dia. Nak sangat secret recipe so kami pun belikan la tuk dia. Chog fudge..actually tersalah beli, ayah nak indulgence..tapi tak pe lah ya ayah nanti kita beli lagi ya...

tak banyak gambar yang aku amik..lebih banyak video..tapi video kebanyakan dengo suara aku cakap..sore dah la tak sedap so malu la nak upload..
G pun anak buah aku 2 orang ni sibuk nak cucuk kek...tengok la pic tu..ayah siap halang..
" eh, ni kek beday atuk la..korang punya kan dah lepas, tunggu tahun depan"
-dialog adalah rekaan semata2-

Yang naufal tak sudah.." kek atuk...kek atuk eh?" ni memang betol dialog anak buah aku
pastu sibuk nyanyi "beday u u...beday u u"..pening aih pala aku melayan budak 2 orang ni...

Yang sambut besday ayah ni kami je anak beranak & ade anak jiran 3 orang datang...

Balik hari ahad pulak, Mak Non (untie aku yang kat shah alam) call minta teman cousin aku g Youth festival kat PWTC...dalam hati aku ermmm..tak len la tu nak ajak aku shopping..dah la tak gaji g ni..mesti tak leh beli banyak2...ngehehehhh
tapi akhirnya terjebak gak pikir nak shopping kan...

Time ni tak banyak amik gambar pun, sebab sibuk duk shopping je..mata rambang tengok baju2, tudung, beg2 sume murah2..aduyai...

Cousin aku memang gila shopping..almari dia penuh ngan baju...ni baru form 4 ni..kalo dah keje rasanya kene beli 2 3 almari ni..hehehe

Jangan marah ya Aisyah...

Yang paling tak tahan, kitaorang dah aim nak free kan diri on below date
l
l
l
l
l
l
l
l
V
6-7/11
27-28/11
&
11-12/12

nak wat pe g kan..dah terang lagi bersuluh kot...

ShopFestttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

marilah beramai2 kita shopping ya..hahaha

Alamak, konon busy tak leh update blog tapi tengok2 dah panjang pulak entry ni..ok...tu saje tuk hari ni...


5/07/2010
Pagi ni buka email dapat 1 email yg membuatkan saya rasa macam lain macam yang xleh nk di huraikan dengan kata2..ayat seterusnya akan lebih skema so harap bersabar ya

Ini mengenai sambutan Hari Ibu pada 09/05 - Ahad.. Betol atau tidak email ini saya xpasti.Xsempat nk search kat tenet tentang kebenaran. Tapi tuk itu saya nk share gak tentang email yg sy dapat ni.

email tu bertulis cam ni:

JANGAN SAMBUT HARI IBU

Hari ibu yang disambut pada 21 haribulan Mac setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.

ASAL USUL HARI IBU

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

inilah wajah Anna Jarvis ihsan pak Googles

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?"

Tau email ni agak panjang tuk bahan bacaan korang, atau maybe korang dah bace. Just nak tau ape pendapat korang tentang penerangan Sambutan Hari Ibu ni.

Rasanya tak salah sekali sekala kita menghargai ibu kita pada hari istimewa macam ini. Namun pada Aida hari2 pun adalah hari Ibu. Kalo setakat membahagiakn ibu kita untuk sehari adalah tidak guna jugak kan, Pastu ko melawan cakap ibu. Ape kehal nya tu.


Oleh kerana Aida jauh dari family jadi Aida akan selalu tepon mak, boleh kata 2hari sekali atau kalau kredit terlebih banyak hari tepon. Even belom jadi mak tapi aida tau mak akan gembira kalo kita tanya pasal dia hari2..alamak saya nk nangis dh ni...Jadi jadikan la hari2 tu adalah hari ibu dan hari ayah kerana xsalah membahagiakan mereka selagi kita hidup..

Last but not least....

Saya sayaaaaaaaaaaaaaaanggggggg Mak sayaaaaa

Semoga bahagia lah Ibu2 di Malaysia ni :)


5/04/2010
This story is not about me & my salary...So, stay and keep reading


Once upon a time...Between husband and wife in salary day

v

v

v

v

v

v

v

Wife: Where is your salary????
Husband: Ermmmmmmmmmmmm

v

v

v

v

v

Wife: show me your pockets....
Husband: nothing la dear. dont raba2 la...so shame orang tengok

v

v

v

v

v
Husband: i'll not give you the money.................u will spend all of my salary!!!!
Wife: Whatever...i'm going for shopping with all your money

v

v

v

v

v

Wife: thanks sweetheart.....byeeeeeee

p/s: hubby dont worry i will not do this to you because i'm crueller than this..hahaha
4/28/2010
Salam & morning sume...

This entry sambungan from the 1st wedding entry tuk akak dulu mase belah pempuan kat Batu Pahat..recap korang leh la masuk link ni

http://aidabeardot.blogspot.com/2010/03/alah-emakkawinnnnn-kan-aku.html

Just nk share dengan korang gambar akak ku kawin yg disolek oleh Mak Andam Wannabe (aku ler tu)

Actually nk korang komen ok ke x aku make up akak ku tuk wedding dia. Actually this is her request tuk aku solekkan dia. Aku dh cari kan mak andam lain tuk dia tp dia xnak sbb dia kata percaya kat adik dia yg konon nya lah berbakat jadi mak andam

So korang layan la beberapa pic yg di shoot oleh Haidhar Rosli, Thaariq Khairudin & Mohd hafiz Anuar...

Majlis berlangsung dengan jayanya di Dewan Raja Lumu, Muzium Shah Alam pd 25/04/2010 ..
Pic ni sabotaj muka aku ler tu..huhuhu







Later i upload pic our family members and pic yg cantik2 ya...
4/20/2010
Akhirnya ptg cam ni la baru leh tgk blog ku..windu blog akuuuuu..

Ok...nk smbung cite psal kampung g...windu kat kg xhabis g ni...Sori la kalo korang bosan tp aku xbosan nk cite pasal kampung aku..

Dulu aku study kat segamat,kawan2 aku suke mengendeng baring kat katil tiap kali jelajah bilik aku. Dah la katil aku kat bawah(double decker) so memg jadi port dak2 la bile dorg dtg lepak...xsuke tau...bacin kang bantal aku..huhuhu...Even aku marah tapi dorang reti bahasa plak kan.

Paling aku suke, dorang selalu puji bantal aku gebuuuu... ^_^

Soalan : apsl bantal ko gebu n lembut gile baring ni..kalah bantal VONO

Jawapan: sbb aku gebu...hahaha..

Ok, tu bukan jawapannya. Jawapan yg tepat adalah kerana bantal aku diperbuat dari kabu asli yg gugur dari pokok ok.. nenek aku yg buat khas tuk cucu kesayangan dia (cousin2 ku jgn menyeringai plak tengok statement aku ni...nenek kita syg sume cucu2 dia la)

Soalan lagi: Pokok kabu tu macam mane ek aida??

Jawapan: tulah ko..duk KL jgn kata pokok kabu, silap2 pokok kelapa pn ko xkenal..ko pernah tgk pokok taugeh x??? (asnwer yg agak kurg di ajo la kan)

kawan aku pn jawab, taugeh mane ade pokok...nasib dia jwb cam tu. kalo dia kata pernah tengok or taugeh ade pokok ke, pelempang aku kasi. Wat malu kaum pmpn je...huhuh

Cam ni lah pokok kabu tu...(kamera aku cenonet je..so xleh nk close up 1 pokok sbb pokok kabu ni tinggi gile.. Kalo mata korang awas atau dalam erti kata lain xrabun/ xjuling, buah kabu tu macam kelawar tido kat ranting/dahan2 pokok...Kalo tgk malam2 seram seh, dh mcam pokok dalam cite Penunggu Gunung Raya tu..

Buah kabu ni bukan leh dipetik tp kene tunggu dia gugur menyembah bumi baru lah kita leh kutip...

Macam ni lah rupa buah kabu tu.. Kalo jumpe len kali xdelah korang jakun g makan buah kabu ni. Actually bukan senang nk dapatkan kabu yg gebu & lembut. Tapi nk daptkan tido yg berkualiti kene la berusaha sikit kan..


1- korang kene la melalui titi maut sebatang ni tuk ke seberang sungai...

seram x titi ni.. Aku penah jatuh ok ke dalam sungai ni.Ni pn sungai tgh cetek so kalo jatuh pn setakat paras pinggang...sbb byk selut..

2- korang kene kutip plak biji2 kabu tu kat bawah pokok...

3-dah tu korang kene la kopek kulit dia and asingkan dari tangkai dalam and biji2 yg melekat kat kabu tu...
macam ni kabu belum kering and kembang lagi...

So korang kene plak la asingkan kabu dari hati dia tu..hati tu nenek aku pggil la..Actually dalam kabu ni ade tangkai yg kita kene asingkan. Biji2 dalam kabu tu punyalah banyak...
Macam ulat pun ade kan..

Sebelum masukkan kabu2 ni dalam bantal adalah baik kalo korang jemur kat panas smpai dia kembang semangkuk..pastu dah kembang baru la masukkan dalam sarung..Dah siap leh la tido dgn nyenyaknya...

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

Cam my nephew ni..tido di mana2 je...
Selamat tidoooo...eh skrg xleh la tido....malam kang yaaaa..

(",)

4/19/2010
Salam and very good morning eberibodi.......

Hari ni berkobar2 datang keje sebab mengalami weekend yang indah and permai di kampung ku, Batu Pahat, Johor... ^_^

Even balik sekejap je tapi bermacam aktiviti yang aku jalankan yg dah lama rasanya xbuat semenjak keje kat shah alam ni. Windu kampung aku...

Sesampai je kat BP, aku ngan hubby terus g tempat ktorg dulu2 dating mase sekolah. Tapi xde la selalu kot.. Tempat tu adalah kedai cendol Jalan Pasar...

Slurppppp.....kalah slurpee tau sedapnya cendol ni.Minum panas2 plak ni sedap tuuuu

Menarik cendol Jalan Paso ni kan, dia murah RM1 je ok and mengekalkan originality cendol tu. Dia xde serve yg ade pulut ke, kacang ke ape..So this is my feveret ok. Cendol botak (means xde la kacang segala bagai tu)

Nampak tu rega kat tag tu, makan ke bungkus sama rega RM1, kalo kat kl la jual aku rasa xsampai sejam dah habis kot...

Kedai cendol ni dah ade sejak tok nenek kitaorang lagi tau..lebih 40 tahun uncle ni gitau..Uncle 2 orang ni la yang meniaga sejak dorang muda, sejak kedai ni buruk, sekarang lantai dah tile dah ade sinki pe sume tapi still mengekalkan harga RM1.. kalo datang BP korang singgah la minum cendol kat sini. Rasa still sama cam dulu g...

Tengok la makan xingat dunia dia ni...

Ni baru episod 1...nanti update tuk episod 2 plak...nak tunjuk korang pokok Kekabu..pokok ape tu???tungguuuu....
4/08/2010
Ingat ikan je boleh 3 rasa..sambal belacan resepi mak I pun 3 rasa tau.

Tapi sebab mak kat kampung jage ayah masuk wad & jauh di shah alam ni so kene la berdikari....(sob sob sob...sgt sedih ok). Tapi jgn bimbang ayah masuk wad sebab dokter tu nak wat pemeriksaan rapi kat ayah je. Doakan lah ayah xde pape ya...amin

Berbalik kepada sambal belacan 3 rasa ni. Semalam lepas balik keje tibe2 tekak rasa nk makan tomyam dengan sambal belacan 3 rasa (resepi mak) dan telur dadar.Kat kedai boleh je dapat tp xsama feel la kalo kite buat sendiri (poyo rajin je)

So dengan kerajinan pergi kedai mencari bahan2 tuk masak.

Bahan2 nya sgt mudah dan ringkas ya....

1-cili merah + cili padi
2- of coz la belacan ..kata nak buat sambal belacan
3-sedikit gula
4- pelam masak yg kuning lagi lazat...yummmy..

Senang je nk dapat kan bhan2 ni.

Cara2 nya:

1- goreng bahan2 yg pertama dan ke2 tu...1 rumah I bau belacan.Aik tibe2 plak bahasakan diri I..wat everlah...

2- setelah tu kite tumbuk la bahan yg telah di goreng..make sure korg goreng jgn smpai hangit..pahit nanti.Kalo goreng belacan pun leh hangit nmpak sgt jarang kedapur.

hahaha..siap amik gambar tu xtahan. Buat gelak hubby aku je bile dia tahu aku amik gambar tengah tumbuk belacan..Ok ok..next step

3- Kite kupas la pelam masak yg di beli tadi tapi pelam ni I xbeli, memg dh ade dalam fridge. Dah kupas tu cincang2 dia...

hah, jadi lah cam ni,halus2 ya supaya senang kite tumbuk nanti.Letak banyak2 lagi sedap. Tapi pelam ni ade sebiji je, so I xmasuk sume coz separuh buat sambal separuh masuk mulut... ^_^

Wah, xsabo dah nak makan ni...yummy

4- last skali dah siap tu masukan la sedikit gula supaya dia xlah tawar rebeh je kan...tapi kalo guna pelam tu dh manis xpyah la letak gula. Senang kata ikut suka lidah korg lah nk rasa cam ne pun.

hah..dah siap dah sambal belacan 3 rasa (pedas, masam & manis)...

Aku letak dalam tupperwear supaya kalo xhabis leh letak dalam peti ais. Len kali leh makan g ngan nasi. G pun umah bujang kan mane la banyak pinggan. Hehehe

Dah siap tu ape lagi jom la kite makan... tuk final touch korg leh la letak limau nipis tuk rasa masam2 dia..sedapnya. Sambal belacan 3 rasa @ sambal belacan pelam ni adalah kegemaran I & abg long I yg tiap kali balik kampung mesti nk pekena sambal belacan ni.

Tapi warna sambal belacan ni cam pelik sikit sebab warna belacan yang beli kat kedai tu hitam xcantik macam belacan homemade kat kg I.

Pape pun kite mam dulu ya.....(",)
Salam dari Beardot......



Tettttt.....buka2 nmpak gmbar aku yg separuh siap ni..hahaha
Ni bukan gambar aku pkai contact lens baru ya. Saje nk tunjuk perbezaan mata ku pkai contact lens biasa yg beli kat kedai spec and contact lens yg baru aku beli...

Ni sambungan tuk post lepas mengenai contact lens yg baru aku beli..teruja yg amat seh...

Aku ni pun baru berjinak2 manje je pkai contact lens ni. Baru start taun ni kot.Azam baru la kononnya xnak pakai spec yg dah uzur tu. Ala power bukan la kuat mane. Setakat -0.75, wat kene gelak Mr Bean je kan (ape kene mengena ngan Mr Bean plak ni)...

Ok ok..back to the topic contact lens baru tu. Sume duk tanya aku ke yg jual. Bukan..bukan..bukan..Yg jual org lain ya. Aku just nk share je product ni. Sume xcaya aku beli dgn harga pukal beb.


Balik2 ofis lepas lunch, teruja bile nmpak bnde alah ni (pos ekspress ni lah). Yakin dan kondifen nya aku tau bnde tu adalah contact lens aku yg aku tunggu2 sejak last week.

Itu dia,cenggini la rupa contact lens Geo tu. Cute kan. Aku suke botol ni (to mr gagak hitam dh nmpak kan cam ne, nti tolong la belikan warna len plak ya). Cute kan botolnya.


Aku beli warna xhingat dunia punya. Hitam @ Black (pada yg xtau bahasa melayu tu) bukan black mentor ok..huhuhu

Xberapa nk nmpak la plak kan. Biasa la amik pkai cybershot je. Bukan guna SLR D50... Xmampu kot nk beli.wawawa

Dan inilah hasilnya....

BEFORE

AFTER

Nampak gile kan bezanya?? Tapi mata aku memg besor pun,pakai contact lens hitam lagi la hitam. Akak aku tegur dah macam excorcis (xtau eja betol ke x) kot...

Inilah budak kalo perasan cantik and cumil bergambar dengan contact lens baru..hahaha

Puas hati sgt ngan contact lens ni.Credit to Anis yg menjual bende alah ni dan menjadikan saya nmpak cumil..ok, g muntah skrg..........