Facebook Badge
Ngauman Bear
Sayang Bear Terkini
NETWORKED BLOGS
Bear Archive
Traffic Bear
Perjalanan Bear
BEAR'S IDOL
SAMBUT HARI IBU PUN SALAH KER????
Ini mengenai sambutan Hari Ibu pada 09/05 - Ahad.. Betol atau tidak email ini saya xpasti.Xsempat nk search kat tenet tentang kebenaran. Tapi tuk itu saya nk share gak tentang email yg sy dapat ni.
email tu bertulis cam ni:
Hari ibu yang disambut pada 21 haribulan Mac setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.
ASAL USUL HARI IBU
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
inilah wajah Anna Jarvis ihsan pak Googles
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?"
Tau email ni agak panjang tuk bahan bacaan korang, atau maybe korang dah bace. Just nak tau ape pendapat korang tentang penerangan Sambutan Hari Ibu ni.
Rasanya tak salah sekali sekala kita menghargai ibu kita pada hari istimewa macam ini. Namun pada Aida hari2 pun adalah hari Ibu. Kalo setakat membahagiakn ibu kita untuk sehari adalah tidak guna jugak kan, Pastu ko melawan cakap ibu. Ape kehal nya tu.
Oleh kerana Aida jauh dari family jadi Aida akan selalu tepon mak, boleh kata 2hari sekali atau kalau kredit terlebih banyak hari tepon. Even belom jadi mak tapi aida tau mak akan gembira kalo kita tanya pasal dia hari2..alamak saya nk nangis dh ni...Jadi jadikan la hari2 tu adalah hari ibu dan hari ayah kerana xsalah membahagiakan mereka selagi kita hidup..
Last but not least....
Saya sayaaaaaaaaaaaaaaanggggggg Mak sayaaaaa
Semoga bahagia lah Ibu2 di Malaysia ni :)
16 Sayang Bear:
sambut je.
pedulikkan makhluk2 yg sentiasa cari kesalahan tu
bodo je
lgpon, zaman mane la plak 21mac ialah hari ibu? bongekkk
@ARC™
hehehe..u ni plak emo lebih dari i..
bagi dania, yang penting niat kte..
kte niat nak celebrate ibu yg melahirkan kte, bukan celebrate yg mcm kat email tu..ermm..xkisah la berapa haribulan pun..
mmg la hari2 kte syg mak kte, tp xsalah klu kte nak amik 1 hari untuk buat something special untuk mak kte..klu hari2 lain kte mungkin akan terlepas pndng utk appreciate mak kte, so hari mothers day mengingatkan kte bg yg terlepas pndang tu..
uih..pnjang plak bg pendapat..hehe
aida ade bace x entry dania yg terbaru tu? sadis sgt..huhu
11 Mei kot.
wakakaka~
pendekkan cerita, sambut jek Mother's Day hari-hari. settle.
hehe
syg mama aku gak...
@Hizami Rahim
hah..11 mei???huhuhu
@Melissa Mjb
betol tu..sambut hari2 senang..ko duk ngan mak ko memg la...aku duk jauh ni..huhuhu
@dania
betol2 tu dania...appreciate je alh dia xkira hari sbnrnya...
nanti aida bace ya
@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫
yup..balik ni ko minta maaf kat ko..tau, ko mesti suke wat mak ko geram kat ko kan???hehehe
aaahhhhhhh valentine aku terima, april fool pun aku terima
mothers day?
aku nak sambut mak aku bukan mak tuhan depa lantak aahhhhh
@.::WaNiE::.
wey...rileks yang oi..kang dtg bali asma ko tu..ko dh discharge lom?
bagi saya tak ada masalah mengenai hari ibu tapi not valentine tapi kalau hari ibu tu ada kaitan dengan agama or benda2 yang tak baik..... saya terima so far tak ada le pulak tahu...
Jangan Lupa Segmen Kenali Blogger
pada akak bergantung pada niat jerk dik.... as long as niat kite memang nak menghargai ibu kite sudaa... lagipun memang hari2 kite perlu hargai ibu kite kan.. cuma diambil satu hari sebagai hari yg special tuk mereka saja...
@Sharinginfoz
yup betol tu...tulah terkejut gak dapat email macam ni..huhuhu
@NeenaAnuar
tulah yg penting niat kan kak...sekarang ni macam2 la nk di kaitkan dengan agama segala bagai.
kalo cam ni ape pun xleh buat
Post a Comment
bear for me