Ngauman Bear

Sayang Bear Terkini

NETWORKED BLOGS

Bear Archive

Perjalanan Bear

Loading...
Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts
7/30/2010
Ramadhan Al Mubarak dah dekat sangat dah kan??? Dah ready ke nak sambut bulan yang di nanti2 kan ni??alah tau dah korang bukan nanti kan bulan ramadhan tapi bulan syawal kan kan kan kan??? Sebab korang malas nak pose kan kan kan kan??? tau dah...

Bila ramadhan tiba, juadah wajib ada atas meja adalah ____ tak payah isi tempat kosong, kat tajuk pun dah tau aku nak cite pasal kurma...

Korang mesti tak de pun pikir macam mana cara kah kurma ni di kendalikan dari negara pak arab tu hingga sampai ke Malaya - eh Malaysia... Yakin dan pastinya korang akan pikir dua tiga kali nak beli lepas melihat gambar2 yang akan ku tunjukkan..

Bukan nak menjahanamkan perniagaan Yusof Taiyoob - sebut macam dalam iklan tu ya- atau perniagaan syarikat pengimport kurma yang lain tapi just nak sharing je macam mane rupa kurma tu bila di import.

Oleh kerana aku keje bahagian shipping so ade la serba sedikit gambar yang aku dapat tuk sharing ngan readers muslim yang budiman.

Dengan itu maka aku persembahkan gambar2 yang menarik tuk korang tengok.

Picture worth thousand words




Dah tengok kan serba sedikit, ade gambar yg aku tak leh tunjuk tuk sebab2 tertentu..kang aku kene saman ngan shipping company tu..hahaha

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakyat Malaysia, reader blog picisan saya, dan kepada kengkawan. Semoga Ramadhan memberi keberkatan kepada semua... Aminnn

P/S: kalo nak beli kurma belilah yang dah siap di packing dan bukan yang perlu di timbang kerana ia lebih menjamin kebersihannya...

7/19/2010
Pd suatu hari d skola, sorg murid btnya pd gurunya.ketika itu guru tersebut sdg mengjr mgenai kasih syg.

Pelajar :: ckgu,mcm ne kite nk plih ssorg yg terbaik sbg org yg plg kite syg? mcn ne nk jg ksh syg tu supaya berkekalan?

Cikgu :: ok,kamu ikot pe yg sy suruh.kamu prgi ke pdg,kamu berjln d atas rmpt smbl mmndg rumput d dpn kamu. pilih yang PALING cntk tnpa menoleh ke blkg lg walaupun sekali. bile da petik rumput yg PALING cntik, bwa ke kelas.apabika pelajar tersbt plg ke kelas,tiada sehelai rumput pon d tgn nye. cikgu bertanya,

Cikgu :: kenapa tiada rmpt yg di pilih?

Pelajar :: td mse sy bjln, sy crilah rmput yg plh cntik. mmg ade byk yg cntik tp ckgu kte ptik yg paling cntik, maka sy pn trus bjln ke dpn smbl mncri yg plg cntik tnpa mnoleh ke blakng lg. tp smpai dipghujung pdg, syxjmpe pon yg plg cntik. mgkin de di antara yg dibelakang sy td rmpt yg plg cntk tp da ckgu ckp xblh menoleh kebelakg smula, jd tiadalah rumput yg sy blh petik.

Cikgu :: ya,itulah jwpnnye. mknanya apabila kte tlh jmpe dgn ssorg yg kte syg, jgnlah kte mncari lg yg lbh baik dri itu. kte ptt hargai org yg berada ddpn kite sbaik2nye.jgn kite menoleh ke blkg lg krn yg berlku ttp berlaku.smoga yg berlalu tdk berulang lg. dan igtlah org yg plg kite syg itulah yg plg cntik dn paling baik. mahupon nk ikotkan byk lg yg cntik dan baik sprti rmput tadi..

Sekian....
6/09/2010
Entry ni tuk laki2 tulen....LELAKI TULEN ya..heheheh

Kejam tak words aku tu???tak kan???suam2 je kan...

Mesti korang tak sabar nak tau info ni kan...maybe some of u dah tau la info ni..and maybe some belom g..so aku nak share...

bace artikel ni ya...

Aku bukan nak melucah or menggalakkan lelaki pandang payudara wanita ya...

merenung payudara WANITA TULEN leh memanjangkan usia LELAKI TULEN..

hah aku siap bold lagi ya wanita tulen & lelaki tulen tu...apesal???eh ko tak bace ke artikel kat atas tu...usia laki tu leh panjang kalo pandang payudara wanita je ya..."wanita" tak berapa nak tulen tu aku rasa tak de lagi kajian kot..hahaha

Actually kalo tak de wat kajian ni pun..kat Malaysia lelaki2 nya memang suke pandang payudara wanita kot..bak kata Firdaus Khalid ni...dah memang wanita kat Malaysia ni suke tunjuk kat orang kan..aku nak kata aku baik tak la...aku pun termasuk gak dalam kategori tu kekadang... Ya Allah, berilah hambamu ni petunjuk dan hidayah...ni mood serius ni ok..

nak pandang pun jgn la tenung sampai 10 minit cam nak terkeluar bijik mata kan... Lebih afdal la kalo korang kawin then tenung la payudara isteri2 kamu tu puas2....cam galak kan orang bermadu lak kan??ish...jauhkan la...

Actually ni kajian manusia je kan...Ajal maut tu kan kat tangan Allah...Sekali ko tengah tenung payudara ko mati cam ne???hah, kan dah tak sempat nak tobat...Masyaallah...Tak takut ker??

Moral of the story: kawin la cepat2 and tenunglah payudara isteri2 anda ya...

Sekian saje info hari Rabu..
6/03/2010
Salam Khamis sume....

Sedih sebab tak dapat update blog selama beberapa hari..nak update gambar mase besday ayah yang ke 59 pun tak sempat..Keje menimbun sampai nak cari henset atas meja pun tak jumpe..Leh bayangkan cam ne busy nyer aku ni hah..hahaha

Ok..tau bunyi cam poyo je kan...

pape pun aku nak share pic mase besday ayah pada 30/05/2010

ni bubur putih merah...cantik kan aku design??hahah
nilah akibatnya dulu mase sekolah cikgu suh lukis mase PS tak nak- PS bukan playstation ya, tapi pendidikan seni- so sekarang dah terluahkan kat bahan makanan..nasib aku tak amik kursus kulinari mase kat u

atas permintaan besday man(ayah aku ler)..so kene la beli kan kek ikut tekak dia. Nak sangat secret recipe so kami pun belikan la tuk dia. Chog fudge..actually tersalah beli, ayah nak indulgence..tapi tak pe lah ya ayah nanti kita beli lagi ya...

tak banyak gambar yang aku amik..lebih banyak video..tapi video kebanyakan dengo suara aku cakap..sore dah la tak sedap so malu la nak upload..
G pun anak buah aku 2 orang ni sibuk nak cucuk kek...tengok la pic tu..ayah siap halang..
" eh, ni kek beday atuk la..korang punya kan dah lepas, tunggu tahun depan"
-dialog adalah rekaan semata2-

Yang naufal tak sudah.." kek atuk...kek atuk eh?" ni memang betol dialog anak buah aku
pastu sibuk nyanyi "beday u u...beday u u"..pening aih pala aku melayan budak 2 orang ni...

Yang sambut besday ayah ni kami je anak beranak & ade anak jiran 3 orang datang...

Balik hari ahad pulak, Mak Non (untie aku yang kat shah alam) call minta teman cousin aku g Youth festival kat PWTC...dalam hati aku ermmm..tak len la tu nak ajak aku shopping..dah la tak gaji g ni..mesti tak leh beli banyak2...ngehehehhh
tapi akhirnya terjebak gak pikir nak shopping kan...

Time ni tak banyak amik gambar pun, sebab sibuk duk shopping je..mata rambang tengok baju2, tudung, beg2 sume murah2..aduyai...

Cousin aku memang gila shopping..almari dia penuh ngan baju...ni baru form 4 ni..kalo dah keje rasanya kene beli 2 3 almari ni..hehehe

Jangan marah ya Aisyah...

Yang paling tak tahan, kitaorang dah aim nak free kan diri on below date
l
l
l
l
l
l
l
l
V
6-7/11
27-28/11
&
11-12/12

nak wat pe g kan..dah terang lagi bersuluh kot...

ShopFestttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

marilah beramai2 kita shopping ya..hahaha

Alamak, konon busy tak leh update blog tapi tengok2 dah panjang pulak entry ni..ok...tu saje tuk hari ni...


5/12/2010
Minat Scha Alyahya tak????

*

*

*

*

*

*


*


Tak minat tak pe tapi bace je la entry ni..hehehe
tak salah kot..!!!!!

1 game show akan di siarkan kat saluran astro starting this 19 June... Memang lama lagi tapi saje nak uar2 kan kat korang supaya kita sesama berhibur - especially yang minat Scha Alyahya- Scha Alyahya and Reza akan menjadi hos program ni..mesti gamat punya lah....


Ramai artis2 tempatan yang terlibat didalam game show ni. Program 26 episod ni melibatkan pelanggan Astro yang akan turun bertanding bersama idola masing-masing. Dibahagikan kepada dua kumpulan dengan tiga orang setiap kumpulan, antara mereka yang terlibat termasuk Pop Shuvit, Meet Uncle Hussain, Mawi, Norman Hakim iyarksss, Memey bwekkkk, Julia Ziegler, Ainul Aishah dan Marsha Milan Londoh.

Banyak permainan yang di anjurkan yang aku rasa tajuk permainan tu cam havoc je antaranya seperti Ringtone Rentong, Bapak Kapak, Siapa Pulak Ni...?, Ikut Suka Kau!, Masihkah Kau Ingat?, Video Songsang Baa..., CD Rongak, Ribut Petir Kebabom, Studio Berdengung dan Joget Spontan...

Kata Kau akan ditayangkan pada setiap Sabtu bermula 19 Jun ini, pukul 10 malam di Astro Ria (saluran 104).

Tengok jangan tak tengok ya...aku nak tengok pun sebab nak tengok cam ne Scha kene denda sebab kalah dalam game show ni..pape pun sokong Scha Alyahya

Sekian...trimas
5/07/2010
Pagi ni buka email dapat 1 email yg membuatkan saya rasa macam lain macam yang xleh nk di huraikan dengan kata2..ayat seterusnya akan lebih skema so harap bersabar ya

Ini mengenai sambutan Hari Ibu pada 09/05 - Ahad.. Betol atau tidak email ini saya xpasti.Xsempat nk search kat tenet tentang kebenaran. Tapi tuk itu saya nk share gak tentang email yg sy dapat ni.

email tu bertulis cam ni:

JANGAN SAMBUT HARI IBU

Hari ibu yang disambut pada 21 haribulan Mac setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.

ASAL USUL HARI IBU

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

inilah wajah Anna Jarvis ihsan pak Googles

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?"

Tau email ni agak panjang tuk bahan bacaan korang, atau maybe korang dah bace. Just nak tau ape pendapat korang tentang penerangan Sambutan Hari Ibu ni.

Rasanya tak salah sekali sekala kita menghargai ibu kita pada hari istimewa macam ini. Namun pada Aida hari2 pun adalah hari Ibu. Kalo setakat membahagiakn ibu kita untuk sehari adalah tidak guna jugak kan, Pastu ko melawan cakap ibu. Ape kehal nya tu.


Oleh kerana Aida jauh dari family jadi Aida akan selalu tepon mak, boleh kata 2hari sekali atau kalau kredit terlebih banyak hari tepon. Even belom jadi mak tapi aida tau mak akan gembira kalo kita tanya pasal dia hari2..alamak saya nk nangis dh ni...Jadi jadikan la hari2 tu adalah hari ibu dan hari ayah kerana xsalah membahagiakan mereka selagi kita hidup..

Last but not least....

Saya sayaaaaaaaaaaaaaaanggggggg Mak sayaaaaa

Semoga bahagia lah Ibu2 di Malaysia ni :)


4/29/2010


Iyarks....bace tajuk pun nk muntah.. mane la datang katak dalam mee goreng tu.

Serius aku baru makan ngan ofismate aku kat kopitiam ni dalam Plaza Masalam semalam. Mee yang sama la aku makan. Ya Allah, kalo la aku nampak berita ni lebih awal, xde maknanya aku nak masuk kopitiam ni. Dah la mee xrasa ape, pastu service lembap macam siput. Siput pun laju lah... Imagine kitaorang order kul 1.00 pm, kul 1.40pm baru dapat makanan. Kebulur dah ni...Sengal tol...
Lagi menyakitkan hati bila kitaorang minta lada jeruk dorang buat muka selenga dia. Last2 colleague aku g amik sendiri. Dh macam self service. Bila bayar pandai lak kenekan service charge. Cam bengongggggg.....

Kitaorang memang dah cakap xnak makan kat kopitiam tu lagi.

And one more thing, dulu pernah kecoh pasal kopitiam ni xhalal, but dia nyer white coffee terbaekkk dari ladang, Cuma tulah, kerana keraguan and bermacam2 lagi cerita so aku dah janji xnak jejak kat kopitiam tu..

Banned sampai mati...huhuhu

Ok, tibe2 entry ni jadi entry emo la plak...Pape pun korang pikir2 kan lah...
3/25/2010

Kerana ku xtahan sgt nak pakai line Maxis yg semakin hari semakin menekan aku..So aku ingat nk switch my number tu ke DiGi..I will follow u...hehehe
Actually dulu memg aku pakai DiGi ni. Murah pun murah, tp kerana ade 3 nombo and xckup henset, so aku terpaksa la mengorbankan no aku tu...cantik tau no aku tu: 016-7040462. Tp tu sume tinggal sejarah, dh de org len pakai no tu pun bile aku try call...sedey seh

Berikut adalah cara2 senang nak switch to DiGi...Sgt lah mudah, hanya 8 steps je tau. This month gak aku nk tukar ke DiGi...xsabarnyaaaa




Choose Postpaid or Prepaid
Decide whether you want to switch to DiGi Postpaid or DiGi Prepaid. Don't worry - it's easy to switch plans if you change your mind later.




Make sure you have no commitments

Your request to switch to DiGi may be rejected by your current service provider if you have any overdue bills or are tied to a contract.




Make sure your mobile number is currently active
Do not cancel your current Postpaid or Prepaid service and ensure that your line stays active.





Submit your request to DiGi

Just visit any selected DiGi outlet and bring along your identification documents (MyKAD / Passport). You can also do submit your request here online at digi.com.my/switch/now.



Get your DiGi SIM card
You will be given a new DiGi SIM card immediately after submitting your request through a DiGi outlet. If your request is made through our website, we will deliver the SIM card to your door step.



We're on it!
We will do our best to complete your switch to DiGi within 24 hours. You can always follow up on your request by calling 016 221 1800.




Replace your SIM card

You must replace your SIM card with your new DiGi SIM card as soon as your current line stops working.




Start using your line on DiGi
You will receive a welcome SMS from DiGi and you can start to use your line immediately.



So, ape lagi, bertukar lah ke DiGi anda...supaya anda leh berjoget2 cam pakcik kuning tu....